web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehadiran Orang Ramai Di CAC Stadium Malawati, Andalas Terkawal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 3:34PM

Suasana di dalam dewan terkawal walaupun kehadiran pesakit COVID-19 yang ramai untuk menjalani penilaian kesihatan ketika tinjauan di CAC Stadium Malawati Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kehadiran orang ramai di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati di sini hari ini dilihat terkawal dengan jumlah kehadiran tidak seramai berbanding Isnin lepas susulan beberapa penambahbaikan yang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tinjauan Bernama di CAC Stadium Malawati hari ini mendapati keadaan lebih teratur berbanding sebelum ini ekoran peningkatan kes COVID-19 di Selangor akhir-akhir ini, sehingga menyaksikan kawasan berkenaan menjadi tumpuan individu yang menetap di daerah Petaling bagi menjalani saringan COVID-19.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata beberapa penambahbaikan dilakukan sejak Isnin termasuk memperluaskan ruang Bahagian Kecemasan yang dilengkapi tangki oksigen manakala satu kawasan baharu dibuka di pekarangan stadium itu bagi tujuan saringan ke atas pekerja industri.

Jumlah pegawai perubatan serta ambulans turut ditambah, selain ruangan tempat duduk penonton di dalam arena stadium dipenuhkan bagi mengurangkan jumlah pengunjung yang berada di luar stadium.

CAC Stadium Malawati juga menerima sumbangan 10 buah khemah daripada Kerajaan Selangor, 14 buah khemah daripada Pasukan Bantuan dan Tindakan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) di samping sumbangan kotak makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sementara itu, keadaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) daerah Klang di Dewan Taman Sri Andalas juga didapati lebih teratur dan terkawal berbanding hari pertama pengoperasian pusat berkenaan, Isnin lepas.

Tinjauan Bernama di sekitar CAC  Andalas mendapati walaupun jumlah individu yang hadir untuk menjalani saringan COVID-19 dilihat agak ramai dan terpaksa beratur panjang, keadaan masih terkawal.

Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata pengurusan CAC di Selangor akan ditambah baik khususnya berkaitan proses pendaftaran pesakit, bekalan tangki oksigen dan penambahan bilangan petugas kesihatan.

Dalam pada itu, tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre  (IDCC) Shah Alam yang ditutup semalam ekoran penularan kes COVID-19 dalam kalangan petugasnya, mendapati aktiviti pemberian vaksin kembali beroperasi seperti biasa hari ini.

Susulan penutupan sehari PPV itu bagi tujuan sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 6,000 janji temu suntikan vaksin dijadualkan semula.

Hanya individu yang divaksin sahaja dibenarkan masuk dan menaiki lif yang diselia oleh petugas PPV dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia. - Bernama

TAG: , , ,

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan