web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Gula, KPDNHEP Nafi Bekalan Habis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:54PM

Pegawai KPDNHEP Semporna melakukan pemeriksaan penjualan dan bekalan gula sekitar Semporna dan Kunak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Lebih 34,000 kilogram gula dibekalkan ke Semporna dan Kunak sepanjang bulan ini sehingga semalam, sekali gus menafikan dakwaan kehabisan barangan keperluan berkenaan di sini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Semporna Jong Jee Leong berkata, bermula 1 sehingga 13 Julai 2021, sebanyak 20,540 kilogram gula dibekalkan ke Semporna manakala 13,830 kilogram lagi di Kunak.

“Dijangka 15,000 kilogram gula lagi akan diagihkan esok bagi memenuhi keperluan penduduk terutamanya menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha.

“Sebelum ini, KPDNHEP Semporna ada menerima aduan awam mengenai ketiadaan bekalan gula di dua daerah ini,” katanya hari ini.

Siasatan dan pemantauan di premis perniagaan termasuk kedai runcit dan pasaraya mendapati, bekalan gula daripada pembekal tiba mengikut jadual pesanan.

Jong berkata, gula tetap dijual seperti biasa berdasarkan data dan pemeriksaan yang dibuat.

“Mungkin ada kedai atau premis yang kehabisan bekalan termasuk turut disebabkan dengan agihan bakul makanan ketika ini.

“Namun, ia bukan disebabkan aktiviti menyekat atau sorok bekalan gula oleh pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, situasi kehabisan bekalan gula turut berlaku di Tawau, menyaksikan premis makanan mula menghentikan sementara penjualan makanan atau minuman berasaskan gula sejak Isnin lalu.

Masalah bekalan gula di daerah ini mula dirasai sejak minggu lalu apabila bahan berkenaan tidak lagi didapati di kedai atau pasar raya berhampiran pusat bandar.

Bagaimanapun usaha media untuk mendapatkan maklum balas KPDNHEP tidak berjaya apabila agensi berkenaan mengambil keputusan ‘mengunci mulut’ sehingga hari ini. - Getaran, 14 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan