web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Sept- Keputusan Permohonan Rosmah Gugurkan Sri Ram, Batalkan Perbicaraan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 9:30PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 Sept bagi keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya membabitkan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan peguam Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah.

"Saya memerlukan masa untuk mempertimbangkan keputusan. Saya mencadangkan untuk memberi keputusan saya pada 9 Sept, pukul 9 pagi,” kata hakim.

Terdahulu, Sri Ram berhujah bahawa pelantikan beliau di bawah Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dari 30 Ogos 2018 oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah.

Seksyen 376(3) memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik timbalan pendakwa raya yang akan melaksanakan kuasa pendakwa raya.

Sri Ram juga berhujah bahawa Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun yang telah mengeluarkan surat undur tarikh mengenai pelantikannya pada 21 Mei, tahun ini, dapat membetulkan segala kecacatan oleh Thomas kerana Seksyen 50 (b) Akta Tafsiran 1948/1967 (Akta 388 ) memberi kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk membuat lantikan dengan kesan retrospektif.

“Seperti Parlimen telah memberikan kuasa kepada eksekutif atau pihak berkuasa pentadbiran untuk membuat pelantikan retrospektif," kata Sri Ram.

Sementara itu, Jagjit berpendapat pelantikan Sri Ram bertujuan untuk mengendalikan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak berkaitan dengan kes solar Rosmah.

"Sri Ram tidak mempunyai kuasa undang-undang atau locus standi untuk muncul dalam perbicaraan ini. Surat pelantikan beliau tiada kaitan dengan kes projek solar Rosmah," katanya. 

Rosmah, 69, memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju memberikannya kepada pasukan pembelaan.

Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas.

Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Peguam Negara ketika ini iaitu Tan Sri Idrus Harun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan