web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Benar Solat Aidiladha Di Masjid, Had 50 Jemaah - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 1:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada pagi 20 Julai ini dengan kapasiti 50 jemaah termasuk pentadbirnya di masjid-masjid negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi hantaran dalam Facebooknya memaklumkan kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau yang menerima kebenaran solat Jumaat dengan kapasiti 40 jemaah termasuk pentadbir.

Mohd Zawawi berkata kategori masjid yang dibenar melaksanakan solat sunat Aidiladha ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya; masjid pengurusan; institusi dan kariah manakala surau kariah tidak dibenarkan melaksanakan solat sunat berkenaan.

“Pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat hanya dibenarkan menjemput jemaah yang merupakan ahli kariahnya dan mereka sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin,” katanya menerusi Facebook @Zawawi Mughni, hari ini.

Mohd Zawawi berkata umat Islam di negeri ini disarankan untuk melakukan solat sunat di rumah mereka susulan ketetapan mengehadkan bilangan jemaah dan panduan ringkas pelaksanaan solat sunat berkenaan boleh didapati dalam laman sesawang, Facebook dan Instagram rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Selain itu katanya, aktiviti menziarahi tanah perkuburan dan takbir hari raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan dalam usaha membendung penularan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 3 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad