web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebanyak 17,000 Ekor Lembu Di Kedah Berisiko Dijangkiti LSD - JPV Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 4:25PM

Lembu yang dijangkiti LSD.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah menjangkakan sebanyak 17,000 ekor ternakan lembu dan kerbau di negeri ini berisiko dijangkiti penyakit kulit kental/berbonjol (LSD) dengan kadar kematian kurang tiga peratus atau 500 ekor.

Pengarahnya, Dr Shaharul Akmar Talib berkata sekiranya penyakit itu tidak dikawal, anggaran kerugian akibat kematian ternakan boleh mencecah RM1.29 juta secara keseluruhan.

“Selain itu, kerugian juga boleh dialami disebabkan oleh ternakan menjadi tidak sihat dan kurus, kekurangan pengeluaran bagi lembu tenusu, kerosakan pada daging yang menyebabkan tidak boleh dijual dan juga kerosakan kulit ternakan.

“Berdasarkan maklumat, jumlah ternakan lembu dan kerbau di Kedah adalah sekitar 57,500 ekor dengan 5,000 penternak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat Isnin lepas, JPV Kedah telah memeriksa sebanyak 263 premis melibatkan 7,046 ekor ternakan di seluruh negeri.

Katanya, hasil pemeriksaan tersebut mendapati sebanyak 52 ekor ternakan daripada 30 premis dikesan memiliki tanda-tanda jangkitan LSD.

“Daripada 52 ekor ternakan tersebut, 50 kes telah diambil sampel dan 10 ternakan adalah positif, lima kes negatif dan sebanyak 35 kes pula masih menunggu keputusan makmal.

“Empat ekor ternakan yang positif telah dilupuskan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 3 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad