web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rang Undang-undang Berkaitan Gangguan Seksual Jangka Siap Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 7:40AM

Rina Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Rang undang-undang berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf rang undang-undang itu, kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Penguam Negara. 

“Draf telah hantar ke AGC (Jabatan Penguam Negara) untuk menilai jika ada pindaan-pindaan kecil...bersidang sahaja parlimen nanti, kita akan bentangkan.

“Dalam masa sama, usaha-usaha kesedaran dan pendidikan tentang gangguan seksual terus digerakkan oleh semua agensi di bawah kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat rujukan khidmat sosial golongan gelandangan, Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, malam ini.

Rina turut memberi jaminan rang undang-undang itu nanti akan bersifat holistik dalam membendung isu berkaitan gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata. 

Beliau berkata demikian mengulas desakan beberapa pihak termasuk bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempercepatkan pembentangan rang undang-undang tersebut. 

Desakan itu berikutan terdapat dakwaan insiden gangguan seksual baru-baru ini melibatkan anggota polis.

Persidangan Parlimen yang sepatutnya bermula bulan hadapan, telah ditangguhkan susulan pengisytiharaan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan sehingga 1 Ogos tahun ini.

Terdahulu juga pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan mahu kerajaan mewujudkan akta khusus menangani masalah gangguan seksual bagi memudahkan mangsa mendapat bantuan untuk menghentikannya termasuk di tempat kerja. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki