web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Warga Emas Antara Ditahan Main Judi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Feb 2021 7:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan 18 individu termasuk tujuh warga emas yang sedang leka berjudi dan merampas wang tunai RM16,000, dalam serbuan di sebuah rumah jenis kampung di Sama Gagah, di sini, semalam.

Serbuan pukul 4 petang itu dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hasil maklumat awam dan risikan.

Menurut sumber, dalam serbuan itu polis merampas pelbagai peralatan untuk berjudi antaranya kepingan cip pelbagai warna, batu mahjong dan wang tunai sebanyak RM16,000, dipercayai duit untuk pertaruhan.

“Berdasarkan siasatan awal, rumah kampung dua tingkat itu disewa kumpulan tersebut untuk menjalankan aktiviti perjudian dan permainan mahjong sempena Tahun Baharu Cina, dan polis menahan 17 lelaki serta seorang wanita warga Myanmar yang kesemuanya berusia 30 hingga 80 tahun,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra'ais ketika dihubungi, mengesahkan penahanan mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya semua mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana bermain judi dan turut dikompaun serta disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi