web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azizulhasni, 5 Doktor Dikurnia Gelaran Datuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 1:43PM

Azizulhasni antara penerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan hari ini berkata pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Empat lagi doktor yang dianugerahkan D.P.M.T ialah Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Dr Ahmad Kashfi Ab Rahman, Pakar Perunding Anesthesiologi & Intensivist HSNZ Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Kasemani Embong dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC COVID-19 Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Hasnan Arwit @ Hassan.

Sultan Terengganu juga berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran D.P.M.T itu kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan Azri Sani Mazlan, Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd Md Nor Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Mohamad Zahari Harun serta Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd Ir Wan Anuar Wan Endut.

Selain itu, Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ Dr Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Isa berkata Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan