web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RCI Tabung Haji Tidak Babit Pentadbiran PN - Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 1:53PM

Ahmad Marzuk memberi bakul makanan menerusi PEMULIH kepada Nik Abdul Muis Nik Man yang mengalami penyakit saraf di Pusat Khidmat ADUN Panchor di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji tidak membabitkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu membantutkan perancangan yang bakal dilaksanakan terhadap Tabung Haji (TH).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, PN juga belum melaksanakan sebarang agenda yang disusun ke atas TH.

“Kita belum melaksanakan pelan yang kita sediakan dan kita tidak mahu dengan adanya RCI, akan membantutkan usaha untuk menambah baik TH.

“Pada masa yang sama kita mahu meningkatkan keyakinan pendeposit kepada TH dan setakat ini tidak timbul sebarang isu yang mencurigakan masyarakat khususnya 11 juta pendeposit. RCI juga akan dilaksanakan secara telus dan jujur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bakul makanan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas mengenai terma RCI, Ahmad Marzuk berkata, masih terlalu awal untuk ia dibincangkan dan perkara itu tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa terlibat.

Katanya, RCI Tabung Haji akan dilaksanakan membabitkan tempoh 2014 hingga 2020, meliputi hampir dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH), seperti persetujuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia akan membabitkan semua urusan Tabung Haji termasuk yang berkaitan pemindahan aset,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan penubuhan RCI Tabung Haji mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Tabung Haji, termasuk hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Katanya, antara terma RCI yang sudah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah skop suruhanjaya itu akan tertumpu kepada hasil penemuan perunding ke atas semua isu berbangkit TH sepanjang tahun 2014 hingga 2020.

Sementara itu, Mohd Amar ketika diminta mengulas berhubung kes rasuah membabitkan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) berkata, kerajaan negeri Kelantan sedia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Katanya, semua EXCO sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setakat ini, SPRM tidak memaklumkan apa-apa dan kita juga tidak mahu mengganggu siasatan mereka dan menyerahkan kepada SPRM untuk membuat tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut