web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Tetap Dibuka Ketika Sambutan Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 4:03PM

Ahmad Amzad Hashim berkata PPV akan tetap beroperasi walaupun semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pusat Pemberian Vaksin PPV akan tetap beroperasi biarpun ketika cuti umum sempena perayaan Hari Raya Aidiladha Selasa depan, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.

Menurut beliau, langkah berkenaan bagi memastikan sasaran pemberian vaksin harian yang ditetapkan kerajaan tidak terganggu.

“Kita minta kerjasama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk terus  buka PPV sebab kita faham cuti Raya Haji ini agak panjang seperti di Terengganu. Kita tidak mahu ia menganggu rentak sasaran kita bagi pemberian suntikan vaksin.

“Bagaimanapun, penurunan sasaran bagi suntikan harian vaksin dijangka tetap berlaku dan ia bukan sesuatu yang dapat dielakkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan program bantuan bakul makanan di sini hari ini.

Mengulas mengenai program bakul makanan, ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, ia akan diserahkan secara berperingkat kepada 3,000 penduduk di daerah berkenaan.

Beliau berkata, pengagihan  bantuan bakul makanan itu adalah daripada peruntukan RM300,000 yang diberikan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Hari ini kita edarkan bakul makanan kepada 100 dari 685 penduduk di Kondo Rakyat. Dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat kerana saya perlu mengagihkan (barangan) di seluruh kawasan Parlimen.

“Dijangkakan pengagihan bantuan dapat diselesaikan minggu ini juga kerana semua barangan telah diperolehi,” jelasnya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan