web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRE Ihsan Johor, Pengusaha Kemudahan Penginapan Tarik Nafas Lega

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 4:25PM

Hasni (dua dari kanan) menyampaikan replika cek Bantuan Insentif One-Off sebanyak RM1,000 kepada Pengusaha Homestay dan Chalet di Negeri Johor. - Gambar oleh Pejabat Menteri Besar Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Sedar akan impak yang menjejaskan sektor pelancongan ketika pandemik COVID-19, kerajaan negeri bertindak menghulurkan sumbangan kepada pengusaha inap desa, hotel bajet dan chalet di negeri ini. 

Bantuan insentif one-off  berjumlah RM2,000 hingga RM1,000 itu diharapkan mampu meringankan beban mereka ketika berdepan cabaran dan kesempitan hidup, tatkala berdepan pandemik berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri amat menyedari kesan negatif yang terpaksa ditanggung golongan berkenaan, khususnya dari aspek kewangan.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha inap desa, hotel bajet dan chalet untuk meneruskan perniagaan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan replika cek Bantuan Insentif One-Off kepada 5,340 pengusaha menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Replika cek berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim. 

Sementara itu, pemilik Trata’leka Homestay Resort, Safiah Isa berkata, pihaknya mengalami pengurangan pengunjung sebanyak 90 peratus sejak tahun lalu.

“Pengurangan ini menyebabkan saya menghadapi masalah kewangan terutamanya untuk membayar kos penyelenggaraan dan sebagainya. 

“Alhamdulillah, bantuan sebanyak RM1,000 yang disalurkan ini amat diperlukan untuk menampung perbelanjaan operasi homestay, khususnya kos penyelenggaraan. Terima kasih kepada kerajaan negeri,” katanya.

Turut tidak ketinggalan menerima bantuan berkenaan ialah imam, bilal dan noja di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), berjumlah RM500 setiap seorang.

Imam 1 Masjid Parit Kadzi, Mohammad Mahir Omar ketika ditemui mengakui, mereka turut tidak terlepas menerima tempias akibat COVID-19, sejak ia melanda negara tahun lalu. 

“Sebelum ini, saya dapat melakukan beberapa kerja sampingan namun sekarang pergerakan kami turut sama terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PKP ini juga menyebabkan kelas dan forum terpaksa dibatalkan. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu kami meringankan beban kewangan yang dialami,” katanya. 

Replika cek bantuan terbabit disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi kepada Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki A Shamsudin. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut