web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Surat MITI Palsu Seludup Ketum, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 1:21PM

Daun ketum yang dirampas PPM daripada dua lelaki yang menggunakan surat palsu MITI di Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Cubaan dua lelaki menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) palsu untuk merentas negeri bagi menyeludup daun ketum gagal apabila ia berjaya dihidu pihak berkuasa.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 47 dan 48 tahun itu cuba membawa daun ketum seberat 475 kilogram (kg) bernilai RM28,500 menggunakan lori ke Lembah Klang.

Namun, kedua-dua mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Batu 5 Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, di sini, semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Superintendan Shoppri Saad berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, kesemua daun ketum itu ditemui disimpan dalam 95 bungkusan plastik hitam di belakang lori terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bekalan daun ketum itu diperoleh dari Seberang Perak dan untuk dihantar ke Lembah Klang.

“Kedua-dua suspek bersama rampasan kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

"Keseluruhan nilai barang rampasan dianggarkan RM60,000 termasuk lori dan Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no 3) 2020," katanya di sini. - Getaran, 19 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang