web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Rentas Negeri, 55 Kenderaan Diarah Pusing Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 5:59PM

Polis membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Pachakan di sempadan negeri di Pasir Puteh-Besut, Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengarahkan 55 kenderaan berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semua kenderaan itu dipercayai membabitkan individu yang mahu mencuba nasib merentas negeri pulang ke kampung, bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdullah Muhammad Piah berkata, kesemua kenderaan itu diminta berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Katanya, mereka yang tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri memandu dari arah Pahang, Perak dan Terengganu.

“Kita minta supaya mereka berpatah balik bagi membendung penularan COVID-19 di Kelantan. Mereka masih berdegil mencuba nasib walaupun tahu peluang adalah tipis kerana tidak memiliki surat kebenaran polis.

“Kerana kedegilan itu, mereka sanggup memandu beratus kilometer hanya untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga di kampung,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Abdullah berkata, tindakan tegas seperti itu terpaksa diambil bagi memberi pengajaran kepada pihak lain agar jangan berdegil, apatah lagi jangkitan harian COVID-19 di Kelantan masih tinggi.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, aliran trafik di Kelantan hari ini berjalan lancar dan tidak berlaku peningkatan kenderaan walaupun dengan ketibaan Aidiladha esok.

Kemasukan kenderaan di tiga SJR di sempadan negeri iaitu di Jeli, Gua Musang dan Jeli juga masih seperti biasa, katanya.

“Polis berharap orang ramai patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan kita mohon masyarakat setempat supaya terus berada di rumah jika tiada urusan penting di luar,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad