web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Sarawak Beli Lambakan 72 Tan Nanas Di Dalat Untuk Agihan Percuma Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 8:14AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Kerajaan Sarawak mengambil langkah membeli lebih 72 tan lambakan buah nanas dari pekebun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, untuk diagihkan  sebagai barangan makanan percuma kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, lambakan tuaian nanas di kawasan terbabit disebabkan pekebun sukar memasarkan tuaian itu, akibat pandemik COVID-19.

“Menyedari pekebun nanas ini tidak dapat menjual nanas mereka disebabkan sekatan pergerakan dan kesukaran mendapatkan kenderaan, jadi kerajaan beli balik nanas melalui persatuan peladang,” katanya selepas merasmikan pemberian bantuan pek barangan makanan Program Pantri Komuniti di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, persatuan peladang kemudiannya menjualkan nanas berkenaan kepada pusat khidmat kawasannya, bagi diagihkan kepada penduduk kampung kawasan itu secara percuma.

“Oleh kerana lambakannya banyak dan penghantarannya hari ini masih ada, maka kita agihkan lagi rezeki (nanas) itu lagi ke kawasan DUN yang berjiran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 bulan yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tawar Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Selenggara Lebuh Raya Dihenti Sementara, Pastikan Kelancaran Perjalanan Pengguna

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Butik Rakyat Rahmah Sedia Lebih 35,000 Pakaian Percuma Jadi Pilihan Pengunjung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan