web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kit Ujian Kendiri COVID-19, Kerajaan Perlu Tetapkan Harga Siling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menetapkan had harga siling kit ujian saringan kendiri COVID-19 bagi mengelakkan berlaku pencatutan dalam penjualan produk itu di pasaran.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan juga perlu memberikan potongan atau rebat cukai kepada syarikat yang menggunakan kit terbabit secara berkala untuk menjalankan saringan terhadap pekerja.

Katanya, satu mekanisme pelaporan dalam talian yang bersesuaian boleh diwujudkan sebagai asas mendapatkan rebat terbabit apabila tiba masa untuk syarikat membentangkan laporan cukai mereka.

“Saya melihat ini adalah masa untuk kerajaan meraih faedah kesihatan awam maksima daripada penggunaan meluas kit ujian saringan kendiri ini oleh individu atau syarikat bagi mengenal pasti kes positif COVID-19.

“Bagi tujuan ini, kerajaan perlu berbincang dengan syarikat pengeluar untuk mewujudkan mekanisme pelaporan mudah menerusi penggunaan MySejahtera melalui imbasan kod bar untuk mengenal pasti mereka yang didapati positif selepas membuat ujian saringan dengan kit terbabit,” katanya.

Menurut beliau, langkah itu diyakini akan meningkatkan jumlah ujian dan membantu pengawasan kewujudan COVID-19 dalam masyarakat.

“Ia juga membolehkan mereka yang didapati positif membuat ujian pengesahan menggunakan kit PCR,” katanya.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kini meluluskan dua kit ujian saringan kendiri COVID-19, iaitu Salixium COVID-19 Rapid Antigen (Saliva/Nasal swab) dibangunkan Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use dihasilkan Philosys Co Ltd, Korea Selatan.

Sivarasa berkata, penghasilan dan kelulusan kit itu adalah perkembangan amat baik serta mampu merubah keadaan untuk menguruskan COVID-19 secara lebih sistematik

Katanya, difahamkan ketika ini sebanyak 15 kit ujian saringan COVID-19 sedang diuji dan menanti kelulusan sekiranya menepati piawaian MDA.

“Saya menggesa MDA untuk percepatkan kelulusan kit ini agar keperluan mendadak bagi menjalankan ujian saringan dapat ditampung, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan yang menawarkan harga kekal mampu milik di pasaran.

“Saya juga menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk segera memberi respons kepada cadangan ini yang akan saya bawa ke sidang khas Parlimen minggu hadapan,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad