web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maki Ditegur Langgar SOP, Pemilik Gimnasium Direman 2 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 4:11PM

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya berdekatan gerai nasi lemak berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemilik gimnasium memarahi peniaga nasi lemak dan pelanggan di Jalan Desa Bakti di sini, hanya kerana ditegur tidak memakai pelitup muka pagi semalam, mengundang padah apabila ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya berdekatan gerai berkenaan sekitar jam 8 malam tadi, hasil laporan yang diterima.

Beliau berkata, suspek yang mengusahakan sebuah gimnasium, kini ditahan reman selama dua hari hingga esok.

“Suspek kini dalam tahanan reman selama dua hari hingga esok,” katanya, hari ini.

Susulan perlakuan samseng itu, suspek berdepan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

Dia turut disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Dalam insiden pada jam 10.30 pagi semalam, suspek bertindak memarahi dan memaki hamun penjual nasi lemak di situ dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur melanggar SOP kerana tidak menggunakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Kejadian tersebut dirakam seorang pelanggan gerai berkenaan sebelum video berdurasi 29 saat itu viral di media sosial.

Susulan insiden, anak penjual nasi lemak terbabit bertindak membuat laporan polis pada jam 3.40 petang hari yang sama. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan