web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir Capai Imuniti Kawanan, Langkawi Sertai Thailand Buka Sektor Pelancongan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:41PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pulau Langkawi kini antara lokaliti pertama dalam negara ini yang bakal mencapai imuniti kawanan dengan 30 peratus daripada 76,000 penduduk telah divaksin sepenuhnya pada hari Sabtu.

Wakil rakyat Ayer Hangat Datuk Juhari Bulat berkata yang beliau optimis antara 70 dan 80 peratus populasi pulau percutian itu akan menerima vaksin sepenuhnya di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ini akan membuka jalan buat Langkawi untuk membuka pintunya kepada para pelancong yang juga telah divaksin sepenuhnya pada bulan September, katanya kepada The Vibes.

Baru-baru ini dua lagi pulau peranginan, Phuket di Thailand dan Bali di Indonesia, sedang berusaha keras untuk membuka pintunya kepada para pelancong luar negara yang telah lengkap dua dos vaksin.  

Di bawah skim <Phuket Sandbox> yang dilancarkan pada 1 Julai, pelancong luar negara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan untuk melawat pulau itu tanpa perlu kuarantin.

Walaubagaimanapun, mereka mesti menginap di situ selama 14 hari sebelum bergerak ke daerah lain di Thailand.

Tiga lagi pulau di Thailand, Samui, Tao dan Phangan, juga sudah mula menerima kunjungan pelancong sebahagian daripada usaha negara tersebut untuk menghidupkan semula industri pelancongan negara itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Namun begitu, pihak berkuasa di Bali telah menangguh pelan untuk membuka pintunya kepada pelancong yang telah divaksin sepenuhnya selepas kenaikan kes COVID-19 di sana.

Juhari menambah yang 30 peratus penduduk Langkawi telah lengkap divaksin, dan sebanyak 60 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagaimanapun, beliau masih menekankan perlunya untuk berhati-hati, dengan pulau itu belum lagi dapat menghapuskan kes baharu buat masa ini.

Setakat ini ada tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di pulau tersebut, termasuk yang terbesar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi yang boleh memberi 3,000 suntikan setiap hari.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri membuka PPV tersebut sebagai simbolik kembalinya Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka negara.

Bersama dengan PPV di Kompleks Sukan Langkawi dan Klinik Padang Matsirat, kapasiti vaksinasi negeri itu telah meningkat kepada 4,000 dos sehari.

Sementara itu, operator pelancongan tempatan, Define International Sdn Bhd dan Tropical Charters Sdn Bhd telah bergabung sumber untuk membina laman web digital bagi melancarkan urusan promosi dan ketibaan pelancongan, terutama untuk pasca pandemik.

Mereka telah menjadi entiti pelancongan pertama di negara ini yang menawarkan pakej kepada rakyat Malaysia yang telah lengkap suntikan dua doa, dengan harapan dapat memulihkan semula industri pelancongan yang dilaporkan kerugian hingga RM25 bilion tahun lepas akibat COVID-19.

Dalam kenyataannya, Andrew Anthony dan Datuk Issac Alexander, pengasas bersama inisiatif itu, berkata, laman web itu adalah insentif untuk menarik rakyat tempatan yang telah lengkap vaksin ke pelbagai destinasi di negara ini dengan tawaran dan pengalaman pelancongan yang menarik.

Untuk permulaan, pakej-pakej ini adalah di Langkawi memandangkan ia berpotensi menjadi pulau pertama yang mencapai kelompok imuniti.

Pakej istimewa ini bermula sekarang hingga Mac 2022. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad