web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Balai, Anggota Leka Berhibur Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 2:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Balai Polis bersama tiga anggotanya serta empat wanita ditahan ketika sedang leka berhibur dalam sebuah bilik di balai seliaannya di daerah Kajang, petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, Ketua Balai Polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan.

Menurut sumber, serbuan dijalankan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sebaik menerima maklumat.

Katanya, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari dan berhibur dengan minuman keras serta air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan ketika serbuan dijalankan.

“Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari serta berkaraoke di dalam bilik gelap dan berlampu disko.

“Polis turut merampas  botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit tv.

“Turut ditampas ialah lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit sambil berkata, tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas.

Katanya, tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati ia jelas melanggar SOP.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan,” katanya kepada Getaran.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana kecuaian dan mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang boleh membahayakan nyawa. - Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Hanya Segelintir Pegawai, Anggota Polis Bermasalah, Terlibat Jenayah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad