web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerbit Filem ‘Babi’ Didakwa Terbit Filem Tanpa Lesen FINAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 3:19PM

Toh Han Boon mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penerbit filem kontroversi bertajuk ‘Babi' didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem tersebut dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), November tahun lepas.

Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan PJU 7/8, Mutiara Damansara, di sini pada 6 petang, 18 Nov 2020.

Dia dituduh mengikut Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244 Pindaan 2013) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, sehingga kes selesai

Peguam Haijan Omar yang mewakili Toh membantah syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan dengan alasan ia tidak munasabah serta syarat itu tidak diperlukan bagi kesalahan di bawah Akta Finas.

"Anak guam saya boleh datang ke mahkamah mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya juga memohon jaminan rendah kerana pendapatannya turut terjejas berikutan situasi negara yang sedang mengalami pandemik COVID-19," kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pada Disember tahun lepas, Bernama melaporkan Persatuan Seniman telah membuat laporan polis terhadap filem ‘Babi’ yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut