web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ejen Insurans Ditahan Cetus Provokasi, Halang Tugas Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 3:36PM

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara pada pukul 10 malam tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ejen insurans ditahan malam tadi bagi membantu siasatan melakukan provokasi dan mengaibkan pegawai polis dengan mempertikaikan tindakan kompaun terhadapnya di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, dua hari lepas.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki itu dikompaun atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 iaitu tidak memakai pelitup muka ketika berada di stesen minyak, yang merupakan tempat awam.

Lelaki yang tidak berpuas hati kerana dikompaun itu melakukan provokasi dan membuat rakaman video kejadian berkenaan yang kemudiannya tular melalui media sosial.

“Semasa proses penahanan malam tadi, suspek turut membuat satu rakaman video secara langsung melalui laman Facebook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan tugas dan Seksyen 504 kanun sama kerana dengan sengaja mengaibkan polis dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menularkan rakaman itu ke media sosial serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semalam, tular melalui Facebook video berdurasi 15 minit 42 saat menggunakan nama Alyf Malik memaparkan seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis ketika dikompaun kerana tidak mematuhi SOP.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis yang menjalankan tugas di lapangan dan harus mematuhi SOP COVID-19 selain tidak membuat spekulasi berhubung video yang tular itu kerana boleh mengundang pelbagai isu yang boleh menggugat ketenteraman awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut