web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2023 8:50PM

KKM masih menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala COVID-19, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata setakat ini tiada garis panduan baharu dikeluarkan walaupun terdapat kemunculan subvarian Omicron baharu.

“Kita (KKM) menggalakkan, bukan mewajibkan sebab berdasarkan statistik sekarang kes sebenarnya menurun (merujuk kes dalam Malaysia).

“Kita tidak perlu panik dengan kes yang ada walaupun berkait dengan subvarian Omicron, kes berada pada tahap 1 dan 2. Justeru, kita masih melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama, menggalakkan orang ramai dan anak-anak di sekolah pakai pelitup muka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sarawak di Hospital Umum Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata KKM akan terus memantau perkembangan kes baharu COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang keputusan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.

Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 49 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi