web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Apr 2023 11:00AM

Garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan golongan tersebut akan dikeluarkan sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan peningkatan semula kes COVID-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan pemakaian pelitup muka di sekolah.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk membincangkan perkara tersebut bagi mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah.

Katanya, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan golongan tersebut akan dikeluarkan sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei ini.

“Saya akan bertemu Fadhlina minggu ini juga untuk membincangkan garis panduan mengapa kita perlu mengawal penularan COVID-19 di sekolah, terutama selepas adanya varian baharu Arcturus.

“SOP berhubung kawalan COVID-19 itu akan dikeluarkan sebelum pelajar kembali ke sekolah pada 2 Mei ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ini penting kerana kita bimbang jika ada murid terkena jangkitan selepas bergerak ke sana sini sepanjang cuti raya yang mungkin menyebabkan COVID-19 kembali menular di sekolah,” katanya seperti dilaporkan portal BH.

Terdahulu, Dr Zaliha mendedahkan enam kes varian Arcturus dikesan di Lembah Klang, menjadikan jumlah kes dijangkiti meningkat kepada 12 setakat ini.

Daripada jumlah itu, empat kes baharu bagi varian tersebut dikesan di Selangor, manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain enam kes awal di Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, individu yang dijangkiti Arcturus yang juga subvarian kepada Omicron itu didapati hanya mengalami gejala ringan dan dilaporkan stabil.

Dr Zaliha berkata, walaupun pihaknya mencadangkan langkah kawalan COVID-19 dibuat di sekolah selepas cuti Aidilfitri, tetapi keputusan akhir bergantung kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakannya atau tidak.

“Ibu bapa tidak perlu panik dengan penularan varian baharu ini, tetapi kita tetap galakkan semua pihak, termasuk pelajar terus memakai pelitup muka bagi mengekang penularannya.

:”Jika mengalami gejala jangkitan, mereka bukan sahaja perlu memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan, tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor,” katanya.

Baru-baru ini, penularan varian Arcturus di India mencetuskan kebimbangan serta menjadi punca peningkatan kes di beberapa buah negara.

Menurut pakar, subvarian di bawah keluarga Omicron itu campuran varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dan 1.2 kali ganda lebih menular berbanding varian asalnya, iaitu Omicron.

Bagaimanapun, pakar mendapati penularan varian baharu itu tidak seganas Delta yang mencetuskan gelombang kes COVID-19 di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai Arcturus, Ketua Teknikal COVID-19 di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Maria Van Kerkhove berkata, walaupun ia merebak dengan mudah, tiada bukti yang menunjukkan varian Arcturus menyebabkan gejala yang lebih teruk.  – Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'