web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polemik Pendidikan Negara, Radzi Jidin Dituntut Beri Penjelasan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 9:06PM

Dr Mohd Radzi Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dituntut memberikan penjelasan segera berhubung beberapa isu dan dasar pendidikan yang dianggap masih ‘tergantung’.

Desakan itu dibuat mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang sebelum ini turut mengkritik dan menegur peranan dimainkan Radzi, termasuk meminta lelaki berkenaan melepaskan jawatannya.

Mohd Zaid berkata, alternatif kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dimansuhkan baru-baru ini adalah antara isu yang perlu dijelaskan Menteri terbabit.

“Isu lain adalah soal vaksin guru dan pekerja sekolah yang lembab sehinggakan anak-anak masih belum dapat menghadiri sesi pengajaran secara bersemuka.

“Saya juga (mahu) bertanya soal 150,000 komputer riba yang dijanjikan setahun dulu, tetapi masih belum diedar kepada keluarga memerlukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Zaid, beliau berdepan ‘serangan’ bertali-arus daripada Pejabat Perdana Menteri dan penyokong Radzi, malah dianggap sebagai seorang bekas Menteri yang tidak pernah memainkan sebarang peranan, gara-gara menuntut penjelasan teraju utama Kementerian Pendidikan itu.

Kementerian berkenaan jelasnya, perlu menjawab semua soalan dikemukakan, berbanding hanya menyerang secara peribadi.

“Saya bukan nak bertanding di Ketereh ataupun di Putrajaya. Saya hanya mengemukakan pertanyaan orang ramai. Jalan paling baik ialah memberi penjelasan.

“Kita tidak mahu Menteri yang hanya memiliki pangkat tinggi dalam partinya, tetapi tidak mampu menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Zaid menarik perhatian, Radzi juga perlu menjelaskan mengapa guru tidak divaksin sepenuhnya walaupun golongan itu perlu diberi keutamaan bagi membolehkan pelajar kembali ke sekolah.

Penjelasan terperinci juga harus diberi, bagi merungkaikan persoalan yang timbul berhubung pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat, sedangkan terbukti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) amat membebankan pelajar serta ibu bapa.

Polemik yang melatari dunia pendidikan ini tegas Zaid, mencakupi pelbagai isu dan menuntut perhatian segera semua pihak berkaitan, termasuk membabitkan pemansuhan UPSR.

“Radzi perlu memperincikan siapa yang akan membuat keputusan, di kelas mana pelajar lepasan tahun enam akan ditempatkan sebaik melangkahkan kaki ke sekolah menengah.

“Kalau nak masuk sekolah berasrama ada ujian dan peperiksaan bagi menentukan kebolehan pelajar yang memohon, tetapi bagaimana ke sekolah harian? Di negara lain, mereka tetap ada ujian atau ‘checkpoint’ untuk memastikan pelajar dapat dimasukkan di kelas sesuai dan secocok dengan kebolehan mereka namun di Malaysia, hanya Menteri Pendidikan tahu cara penyelesaiannya, orang lain tidak perlu tahu,” katanya, sinis.

Beliau turut mempertikaikan lantikan guru baharu menerusi program pengambilan khas secara one-off membabitkan 18,702 individu yang disifatkan sebagai tidak relevan.

“Inilah kebolehan luar biasa Menteri Pendidikan kita. Di negara lain nak jadi guru atau pendidik mestilah menjalani kursus, memiliki kelayakan yang mantap dan kemas. Pengalaman serta ilmu bersesuaian mesti ada untuk pelajar mendapat manfaat.

“Di Malaysia guru direka secara segera menyebabkan bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz naik marah dan bertanya, siapa akan menanggung dosa kerana rosaknya anak-anak bangsa dek dasar diperkenalkan Radzi,” tegasnya. – Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

2

Politik 7 bulan yang lalu

Henti Polemik Yang Kelirukan Rakyat, Jangan Dahului Proses MKI - Fahmi

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut