web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Jabatan Didakwa Salah Guna Kuasa Mohon Tanah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 3:55PM

Mohd Shukri Mohd Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas hampir lima hari pendedahan mengenai isu permohonan tanah bernilai jutaan ringgit di bandar raya ini, aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, tampil membuat laporan rasmi berkaitan isu itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, hari ini.

Ia membabitkan tanah seluas kira-kira 11,000 kaki persegi, di bandar Indera Mahkota, berhampiran Jalan Bukit Istana yang dianggarkan bernilai antara RM1 hingga RM2 juta.

Beliau yang juga pengendali blog ‘CMK Cucu Mat Kilau’ berkata, laporan itu dibuat selepas terdapat pihak mendakwa dia hanya menyebarkan berita palsu dan fitnah berkaitan perkara tersebut.

“Ada yang menghubungi saya dan meminta saya hentikan (pendedahan), malah ada juga mengugut saya. Mereka cakap saya buat fitnah dan ada juga yang cuba 'berbincang', saya tidak faham apa yang mereka maksudkan dengan ‘berbincang’ mengenai isu ini,” katanya di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata, laporan rasmi kepada SPRM itu adalah bukti bahawa pendedahan berkenaan bukan satu fitnah, sebaliknya kejadian benar yang memerlukan siasatan rapi pihak berkuasa.

“Kita nak tahu, bagaimana seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan dengan kepentingan dalam hal berkaitan tanah, yang masih bertugas, boleh mengemukakan permohonan bagi pihak dirinya sendiri dan proses (permohonan) itu pula berlaku dalam masa singkat, berbanding jika permohonan sama dibuat rakyat marhaen,” katanya.

Mohd Shukri berkata, semua dokumen berkaitan permohonan itu sudah diserahkan kepada pihak penyiasat SPRM untuk diteliti.

Katanya, dokumen terbabit diperoleh melalui orang awam yang merasa pelik dan kecewa dengan tindakan pegawai kanan jabatan kerajaan berkenaan.

“Saya ambil masa untuk datang ke (pejabat) SPRM kerana perlu meneliti terlebih dahulu ketulenan dokumen terbabit. Saya sudah menyemak dokumen itu dengan pejabat berkaitan dan saya dimaklumkan bahawa semuanya (dokumen) sah.

“Kalau dilihat kepada proses dari mula permohonan dibuat sekitar bulan Mei dan sekarang bulan Julai, saya difahamkan permohonan itu sudah sedia untuk diangkat bagi dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri,” tegasnya.

Senario berbeza bagaimanapun katanya, akan berlaku jika permohonan tersebut datang daripada rakyat marhaen.

“Ada kalanya sampai 20 atau 30 tahun pun belum selesai… ada (permohonan) yang sampai mati pun (pemohon), belum selesai lagi.

Itu belum masuk bab fail hilang, fail diangkat, fail kena selit sana-sini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan wujudnya kartel di pejabat pegawai kanan berkenaan, Mohd Shukri berkata, beliau sememangnya mengesyaki perkara itu berlaku dan mendakwa pegawai terbabit membawa proksinya bertugas di jabatan sama, sebaik sahaja ditukarkan ke Kuantan.

“Saya difahamkan pegawai ini bila dia berpindah ke Kuantan, dia bawa sekali dia punya kartel dari daerah lain ke sini dan mereka ini mula memainkan peranan mencari tanah kosong, tanah tersepit untuk digunakan (memohon) bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Mohd Shukri memaklumkan tujuan utama pendedahan itu dilakukan adalah bagi memperbetulkan keadaan yang sudah lama berlaku di jabatan terbabit.

“Benda ini sudah lama, sudah berakar umbi di sana dan kita perlu perbetulkan. Krajaan negeri juga perlu ambil perhatian mengenai perkara ini, kerana tindakan segelintir pegawai tidak jujur dan tidak amanah seperti ini akhirnya memberikan imej buruk terhadap kerajaan negeri.

“Sebagai penjawat awam, pegawai kanan dan ketua jabatan yang masih berkhidmat, mereka sepatutnya sedar bahawa tindakan seumpama ini adalah salah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta SPRM 2009,” katanya. – Getaran, 23 Julai 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut