web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konvoi Bendera Hitam Pandu Rakyat Suarakan Kekecewaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:01PM

Sekretariat Solidariti Rakyat menganjurkan konvoi kenderaan di seluruh negara bermula di Kelantan, bagi menjayakan Kempen Kibar Bendera Hitam. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen mengibarkan bendera hitam yang ‘dilaungkan’ di media sosial sejak awal Julai lalu, melangkah setapak lagi menerusi penganjuran konvoi kenderaan di seluruh negara, hari ini.

Kempen diperkenalkan kumpulan dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat itu bertujuan meminta orang ramai mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat bersesuaian sebagai tanda kekecewaan mereka terhadap situasi pandemik COVID-19 yang semakin memburuk di Malaysia.

Lebih dari itu, ia dianggap sebagai manifestasi terhadap kegagalan kerajaan menangani segala isu berbangkit berhubung pandemik berkenaan.

Serentak kempen, rakyat juga diminta mengambil gambar mereka yang mengibar bendera hitam dan memuatnaik foto tersebut di media sosial, berserta tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran.

Jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat, Asraf Sharafi berkata, konvoi berkenaan yang bertemakan #Lawan berkenaan dimulakan di Kelantan, sebelum diteruskan di Kuala Lumpur dan hampir kesemua negeri.

Katanya, konvoi yang bermula kira-kira jam 11 pagi sehingga 5 petang itu disertai lebih 100 kenderaan milik peserta SSR dan orang awam.

“Kita mengadakan konvoi ini sebagai tanda bantahan terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani isu yang ditimbulkan berkaitan COVID-19.

“Ada tiga tuntutan yang turut kita perjuangkan, iaitu peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengendalian sidang Parlimen secara penuh dan kaedah pemberian moratorium,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mengulas mengenai konvoi di Kuala Lumpur yang disertainya, Asraf berkata, acara itu membabitkan 12 buah kenderaan dinaiki dua orang peserta setiap satu, bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar ke Dataran Mendeka.

Jelasnya, kenderaan itu berkonvoi melalui beberapa kawasan sekitar sebelum berpatah balik ke stesen terbabit yang mengambil masa kira-kira satu jam.

Sepanjang konvoi di ibu kota itu, katanya, peserta menerima kerjasama amat baik daripada polis trafik dalam membantu mengawal lalu lintas tanpa tercetus sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

“Bilangan kenderaan adalah lebih besar dari ini sekiranya tiada intimidasi daripada pihak berkuasa di beberapa kawasan dan negeri yang mengganggu peserta konvoi, iaitu di Cyberjaya; Manjung, Perak; Melaka; Quayside Mall, Selangor; Kuching, Sarawak dan Temerloh, Pahang.

“Kami mengecam intimidasi daripada polis yang menghalang kebebasan bersuara rakyat kerana walaupun konvoi ini dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti berada di dalam kenderaan, tidak berhimpun dan menaiki kenderaan mengikut bilangan individu, ada peserta dihalang daripada meneruskan perjalanan.

“Kami berpendapat pihak berkuasa tidak mempunyai alasan kukuh untuk menghentikan kenderaan yang mengibarkan bendera hitam apatah lagi dalam keadaan semua peserta mematuhi SOP, termasuk pergerakan konvoi dalam radius 10 dari kawasan kediaman masing-masing,” katanya.

Tindakan dilakukan pihak berkuasa itu tegasnya, bukan sahaja diibaratkan menekan kebebasan rakyat untuk bersuara dan berekspresi, tetapi turut menggambarkan sikap menutup ‘mata dan telinga’ pemimpin yang rakus membungkam suara rintihan rakyat.

“Pihak Sekretariat Solidariti Rakyat tidak akan berganjak dengan pendirian kami bahawa kerajaan ini adalah #KerajaanGagal dan akan terus menggemakan tiga tuntutan sama pada 31 Julai ini.

“Kami menyeru rakyat Malaysia agar bersiap sedia untuk turun dan melakukan protes terhadap kegagalan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri,” katanya. – Getaran, 24 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut