web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Peratus Petugas Barisan Hadapan Pelancongan Telah Divaksin - Nancy Shukri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 2:45PM

Nancy Shukri (kiri) melihat coklat yang dijual di sebuah premis bebas cukai ketika mengadakan lawatan kerja di Pulau Pangkor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU PANGKOR - Kira-kira 30 peratus petugas barisan hadapan dalam sektor pelancongan telah divaksin setakat ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat mengenai tahap vaksinasi kelompok pemain industri di kawasan tumpuan pelancong di seluruh negara.

“Kita dalam proses kumpul nama mereka termasuk yang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk segera divaksin. Ini termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Pahang, khasnya petugas barisan hadapan sektor pelancongan, kraf dan kesenian.

“Walaupun sudah daftar dengan MySejahtera, kita akan cuba bantu mempercepat dan menggandakan bilangan yang divaksin,” katanya dalam lawatan kerja ke Program Vaksinasi di Pulau Pangkor di bawah Inisiatif Program COVID-19 Free Destination di sini hari ini.

Nancy berkata petugas barisan hadapan sektor pelancongan seperti pemandu teksi dan pekerja hotel perlu divaksin sebagai langkah persediaan menyambut pelancong, dan kerana itu promosi vaksinasi perlu dilipatgandakan lagi.

“Kita di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu usaha menggandakan bilangan masyarakat termasuk petugas barisan hadapan sektor pelancongan agar divaksin dengan cepat, kerana belum ada lagi negeri yang capai 40 hingga 50 peratus (jangkauan komuniti untuk penerimaan vaksin),” katanya.

Sementara itu, Nancy dalam satu kenyataan berkata Pulau Pangkor dijangka mencapai sasaran 80 peratus tahap imuniti kelompok menjelang awal September depan.

“Di Pulau Pangkor, 8,026 penduduk layak menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi dengan seramai 1,056 orang telah lengkap dos kedua manakala 1,002 telah menerima suntikan dos pertama sejak 11 Julai lepas dan 5,968 orang masih belum menerima vaksin.

“Berdasarkan rekod Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Manjung, pemberian dos pertama dijangka selesai pada 8 Ogos dan ia akan disusuli dengan pemberian dos kedua mulai 13 Ogos depan, yang menjadikan Pulau Pangkor dijangka mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada awal September ini,” katanya.

Sementara itu Nancy berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung telah memulakan program outreach tiga hari seminggu untuk tempoh lapan minggu berturut-turut mulai 16 Julai lepas dengan sasaran kapasiti pemberian vaksin seramai 540 orang sehari.

Beliau berkata Pulau Pangkor yang juga Pulau Bebas Cukai (PBC) dipilih menjadi sebahagian daripada projek rintis Program Destinasi Bebas COVID-19 dalam fasa dua Pelan Pemulihan Pelancongan.

MOTAC dalam kenyataannya pula berkata pihak kementerian telah menyediakan rangka untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan dalam tiga fasa selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), bagi membantu kerajaan mempercepatkan program vaksinasi dan seterusnya menjayakan Program Destinasi Bebas COVID-19.

Untuk fasa pertama, Langkawi dan Kuching telah dipilih sebagai destinasi rintis bagi program itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

4

Semasa 7 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad