web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Format SPM 2020 Kekal, Tidak Boleh Diubah Sewenang-wenangnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tidak perlu gusar kerana format peperiksaan awam SPM kekal sama dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata ini kerana standard sijil SPM yang dikeluarkan telah diiktiraf pakar tempatan dan antarabangsa.

“Kurikulum dan standard soalan masih sama justeru tidak akan berlaku perubahan format dan jika berlaku sekalipun, ia perlu mengambil masa yang lama iaitu minimum tiga tahun dan boleh mencecah sehingga lima tahun kerana perlukan kajian.

“Sijil SPM ini bertaraf antarabangsa kerana itu ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya… jika tidak, sijil kita tidak laku, anak-anak tidak boleh sambung belajar di luar negara dan tidak boleh mendapatkan biasiswa termasuk sukar untuk mendapat pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Peperiksaan Awam Tahun 2020 Dalam Norma Baharu’ terbitan Bernama TV di sini malam ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum ini menegaskan format peperiksaan SPM 2020 kekal seperti sedia ada sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan itu pada masa akan datang.

Pkharuddin juga berkata sekiranya terdapat calon yang didapati positif COVID-19 atau yang diarahkan menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat, mereka tidak akan dibenar menduduki peperiksaan.

“Dalam garis panduan kita jelas menyatakan dua kumpulan calon ini tidak boleh menduduki peperiksaan namun selepas mereka disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat dengan surat pengesahan doktor, maka mereka layak untuk menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula,” katanya.

Peperiksaan utama iaitu SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dijadualkan bermula pada 22 Feb ini diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020, serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.

Peperiksaan awam ini akan berlangsung sehingga 25 Mac melibatkan 401,105 calon. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka