web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Bergelang Kuarantin COVID-19 Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 9:02PM

Anggota bomba lengkap berpakaian PPE mengusung mayat seorang lelaki yang memakai gelang kuarantin COVID-19 berwarna putih yang ditemui di Sungai Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang lelaki yang memakai gelang kuarantin COVID-19 berwarna putih ditemui terapung di Sungai Terengganu di Kampung Banggol Cempedak di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat tanpa identiti itu dijumpai kira-kira 50 meter dari tebing Sungai Terengganu.

Menurut beliau, bomba dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh pihak polis sekitar jam 2.37 petang tadi.

“Buat masa ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti kecuali mangsa adalah lelaki dewasa,” katanya kepada media di sini.

Menurut Rozizah, mereka percaya mayat tersebut sudah terendam di dalam air lebih dari dua hari, berdasarkan keadaannya yang sudah kembung ketika dijumpai.

“Sebagai langkah keselamatan, anggota yang terbabit dalam tugas membawa keluar mayat diarah mengenakan sut perlindungan diri peribadi (PPE) bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Mayat itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad