web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus Cadangan Perolehan 16 Unit Dron Jenis VTOL Untuk PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 7:55AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron jenis Vertical Take-Off and Landing (VTOL) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah projek perolehan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan unjuran siling bernilai RM48 juta.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk  Seri Sahabudin Abd Manan berkata unjuran siling itu adalah anggaran berdasarkan kajian harga pasaran dron berspesifikasi terkini yang sesuai bagi penugasan taktikal dan pemantauan.

“Dron yang akan diperolehi adalah jenis dron elektrik (menggunakan kuasa bateri) berkuasa tinggi dan akan dilengkapi dengan Gyro Stabilised Camera (Electo Optical/ Infra Red) yang boleh membuat penerbangan dan rakaman visual resolusi tinggi (foto, video dan penstriman langsung) pada waktu siang dan malam.

 “Selain itu, bagi setiap unit dron yang diperolehi, pakej juga merangkumi kenderaan stesen darat bergerak yang dilengkapi dengan Turret Tracking Antenna System, Weather Station dan Portable Global Navigation Satelite System,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Sahabudin semua dron itu akan digunakan bagi tujuan penugasan melibatkan pemantauan serta membanteras ancaman di kawasan sempadan negara dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Sahabudin berkata PDRM menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan memiliki aset dan kelengkapan terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Sabtu lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata PDRM akan menerima 16 dron berkuasa tinggi yang diluluskan kerajaan pada RMK-12.

Mazlan berkata dron itu akan dikawal oleh Pasukan Gerakan Udara bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan terutama di kawasan yang tidak berpagar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad