web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Ditahan Seludup PATI, 3 Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:25PM

Seorang remaja ditahan kerana menyeludup lima PATI di perairan Tanjung Batu, Tawau, lewat malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tindakan seorang remaja lelaki menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI), di perairan Tanjung Batu, di sini, lewat malam tadi, merisikokan nyawa penduduk di daerah ini apabila tiga daripada warga Indonesia itu disahkan positif COVID-19.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek, 17, turut melanggar arahan Perintah Berkurung yang dikuatkuasakan bermula jam 6 petang hingga 6 pagi setiap hari di kawasan perairan pantai Timur Sabah.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten V Siva Kumar berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima maklumat mengenai aktiviti berkenaan sebelum membuat pemantauan di sepanjang perairan Tawau.

"Pihak kami berjaya mengesan pergerakan sebuah bot penumpang dari sempadan perairan Indonesia-Malaysia menuju ke arah Tawau dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, juragan cuba melarikan diri sebelum bot berkenaan terbalik, kira-kira tiga batu nautika dari barat daya Tanjung Batu," katanya hari ini.

Menurut Siva, pasukan bertugas kemudiannya bertindak menyelamatkan semua PATI termasuk remaja terbabit.

"Siasatan awal mendapati bot tersebut dikemudi seorang remaja lelaki tempatan, dan membawa dua lelaki serta tiga wanita warga Indonesia berusia antara 15 hingga 58 tahun.

"Semua penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan sah dan memberi alasan, dokumen itu terjatuh ke laut semasa bot dinaiki terbalik," katanya.

Siva berkata, saringan ujian COVID-19 yang dilakukan turut mendapati tiga antara PATI itu positif virus berkenaan.

Susulan itu jelasknya, semua suspek dan kontak rapat diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

"Saya berharap kes ini dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutamanya penduduk di daerah ini untuk tidak bersubahat, dan  bekerjasama mengekang kemasukan PATI.

"Ini bagi mengelakkan penularan COVID-19 kerana kita tidak dapat memastikan samada pendatang tanpa izin ini bebas virus berkenaan atau tidak,” katanya. – Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut