web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Siasat Pihak Buat Aduan Tambah Baik PPV - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk menyiasat sesiapa yang membuat laporan bagi tujuan menambah baik perkhidmatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

 Katanya, beliau sedia maklum kes itu dan bersetuju bahawa tiada keperluan untuk tindakan berkenaan diambil.

“Tidak perlu diadakan siasatan kepada sesiapa yang buat laporan untuk tambah baik PPV dan saya akan bincang dengan badan-badan dan pihak berkuasa berkaitan untuk pastikan kita biar sahajalah apa yang sudah berlaku.

“Anggap ia sebagai satu perkara lepas yang sudah dibuat dalam semangat untuk menambah baik program PICK,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau memberi pandangan itu sebagai respons terhadap persoalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius berhubung siasatan ke atas sebuah portal di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, iaitu berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar kerana melaporkan mengenai penularan wabak di pusat pemberian vaksin (PPV) di Shah Alam, Selangor.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan sudah memulakan rundingan sejak dua minggu lalu untuk Malaysia memuktamadkan perolehan vaksin COVID-19 bagi tahun 2022 dalam masa terdekat, yang memberikan tumpuan khusus kepada pengeluaran vaksin Pfizer baharu.

Pengeluaran itu jelas beliau, adalah spesifik untuk ‘dos booster’ dan vaksin kanak-kanak yang akan dikeluarkan pada tahun depan.

Katanya, ketika ini keberkesanan dan kemampuan setiap vaksin dapat bertahan masih tidak diketahui kerana belum terdapat data daripada negara lain.

“Kita kena ingat, kebanyakan negara baru menggunakan vaksin pada Januari, baru tujuh bulan dan Johnson & Johnson contohnya, mungkin kurang dari 6 bulan.

“Sudah tentu kita akan bagi dahulu satu dos di pedalaman, kalau kita nampak selepas enam bulan antibodi menurun, kita bagi keperluan untuk dos kedua di kawasan ini,” katanya.

Khairy berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu syor daripada kumpulan pakar diketuai Pengarah Institusi Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM) pada minggu hadapan mengenai keperluan sama ada negara memerlukan dos booster atau sebaliknya.

Perkara itu, katanya, akan dibentangkan bukan sahaja daripada sudut keperluan dos booster berdasarkan pengalaman daripada negara lain, tetapi turut melihat jika ia boleh melibatkan penggunaan vaksin berbeza.

“Terdapat beberapa negara sudah mengamalkan jenis vaksinasi berbeza untuk dos booster, contohnya di Korea Selatan dan Jerman disebabkan wujud gangguan kepada bekalan vaksin.

“Jadi kita akan dapatkan syor daripada kumpulan pakar ini berdasarkan data sebenar negara dunia dan data klinikal, sama ada vaksinasi ini selamat, selain adakah mereka yang menerima dos lengkap dua dos boleh menggunakan vaksin ketiga daripada vaksin jenis lain,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut