web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Tangguh, Ahli Parlimen Buat Saringan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 4:35PM

Mohd Rashid Hasnon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih dua jam sehingga 5.15 petang, bagi membolehkan semua Ahli Parlimen menjalani ujian saringan COVID-19.

Arahan penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, susulan dua kes positif COVID-19 di Parlimen pada Isnin dan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima surat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes berkenaan.

“Kes pertama adalah seorang petugas yang hadir ke Parlimen pada 26 sehingga 28 Julai 2021, manakala kes kedua dikesan pada 29 Julai 2021 di Parlimen dengan menggunakan ujian saringan.

“Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes terbabit dikhuatiri sudah berada di lokasi di Parlimen semasa tempoh ini,” katanya.

Ahli Parlimen Temerloh Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir sedang menjalani ujian saringan COVID-19 di Parlimen. - Gambar dari Jabatan Penerangan
Ahli Parlimen Temerloh Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir sedang menjalani ujian saringan COVID-19 di Parlimen. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Mohd Rashid berkata, susulan itu, semua individu yang hadir ke Parlimen, termasuk Ahli Parlimen, pegawai dan pekerja diarahkan menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 di Pintu 3 Blok Utama.

“Tiada siapa dibenarkan keluar dari Kompleks Parlimen sehingga keputusan diperolehi dan keutamaan diberikan kepada Ahli Parlimen.

“Mesyuarat ditangguhkan sehingga 5.15 petang berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12(2),” katanya. - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad