web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemerkasaan Budaya Berintegriti Fokus Utama EAIC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 3:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan budaya berintegriti dalam kalangan pegawai dan agensi penguatkuasa khususnya di Selangor, akan terus menjadi fokus utama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Jurucakap EAIC berkata, ia selaras dengan peranan mereka selaku pihak bertanggungjawab mengawal selia pematuhan pegawai dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

"EAIC menjunjung kasih  atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlhaJ pada Rabu lalu atas kebimbangan baginda terhadap aktiviti rasuah atau pecah amanah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik  pegawai kerajaan di Negeri Selangor.

"EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di Negeri Selangor dapat dibenteras," katanya.

Jurucakap itu berkata, EAIC selaku agensi yang bertanggungjawab akan meningkatkan usaha memperkasakan budaya berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.

"Kami dengan penuh iltizam akan mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya. - Getaran, 30 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka