web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usul Tindakan Ke Atas Takiyuddin, Idris, Azhar Berkecuali

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 12:52PM

Azhar Azizan Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusan untuk mengecualikan diri beliau daripada membuat sebarang keputusan berkaitan usul oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran. 

Azhar berkata pihaknya telah menerima usul oleh Kula Segaran pada 29 Julai lepas. 

"Usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, sebagaimana yang diketahui umum adalah abang kandung saya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azhar berkata sebarang keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said. 

"Saya tidak akan campur tangan dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas timbalan-timbalan Yang Dipertua di dalam hal berkaitan," katanya. 

Kula Segaran dalam surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 29 Julai, mencadangkan usul agar tindakan sewajarnya diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Persidangan Dewan Rakyat Batal Selepas Pembubaran Parlimen

2

Politik 2 tahun yang lalu

Najib Tidak Perlu Kebenaran Saya Hadir Ke Dewan Rakyat - Azhar Harun

3

Politik 2 tahun yang lalu

Saya Di Sini Bukan Menjawab Soalan Kamu! Speaker Mengamuk Dengan MP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Izin Bahas Isu Banjir, Dewan Rakyat Gamat Seketika

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut