web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Penganjur Pemberian Durian Percuma Tidak Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 4:29PM

Tular di media sosial orang ramai beratur tanpa penjarakan sosial untuk mengambil durian secara percuma di bawah jejambat Jalan Temenggong, Jalan Sekolah, Parit Buntar. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIT BUNTAR - Polis membuka kertas siasatan terhadap penganjur pemberian durian secara percuma di bawah jejambat Jalan Temenggong ke Jalan Sekolah, di sini, semalam, selepas mendapati berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Sejak semalam, gambar serta video yang memaparkan orang ramai berdiri dan beratur tanpa penjarakan sosial untuk mengambil durian secara percuma viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, polis menerima maklumat kira-kira jam 4 petang semalam berkaitan program berkenaan, sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian.

Katanya sebaik tiba, pihaknya mendapati orang ramai berdiri dan beratur tanpa ada penjarakan sosial.

“Anggota polis kemudiannya mengarahkan penganjur agar menghentikan pemberian durian secara percuma itu dengan serta merta.

“Ekoran daripada kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan sudah dibuka ke atas penganjur, “ katanya di sini, hari ini.

Mazuki berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

Katanya, kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 6 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang wabak COVID-19. - Getaran, 31 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang