web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangguh Dewan Rakyat, Pembangkang Tetap Ke Parlimen Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 3:59PM

Datuk Mahfuz Omar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Barisan Ahli Parlimen pembangkang dijangka tetap berada di Bangunan Parlimen esok di sebalik penangguhan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14, bagi Dewan Rakyat seperti diumumkan semalam.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu telah diputuskan mereka sejak Khamis lalu.

Setelah beberapa kali sesi persidangan ditangguhkan pada Khamis lalu, kami sebenarnya sudah menjangkakan yang sesi pada hari terakhir nanti akan turut ditangguhkan ke satu tarikh lain. 

“Jadi kami buat ketetapan walau apa pun yang berlaku pada Isnin nanti, kami tetap akan hadir ke Parlimen. Setakat mana mereka nak benarkan kami masuk, itu terpulang tetapi kami akan tetap berada di sana pagi esok,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Semalam Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu kenyataan berkata, pemakluman mengenai penangguhan itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Nizam, penangguhan itu berdasarkan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mahfuz menambah, kehadiran Ahli Parlimen Pembangkang ke Parlimen esok adalah bagi membuktikan kepada rakyat, betapa mereka telah dihalang daripada menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Kami sepatutnya bersidang esok tetapi penangguhan itu seolah-olah mempermainkan dan memperbodohkan kami. Mereka semakin hari semakin berani ‘merempuh’ segala macam peraturan semata-mata demi kuasa,” katanya, berang.

Tambahnya, beliau percaya penangguhan tersebut dibuat kerana Muhyiddin tidak yakin beliau memiliki cukup sokongan untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Kalau benar yakin, Muhyiddin sepatutnya membuat usul undi percaya yang mampu membuktikan dirinya mempunyai cukup sokongan. Tetapi kini langkah tersebut tidak langsung diusahakan,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Muar yang juga  Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman turut mengesahkan kehadirannya di Parlimen esok menerusi satu status dimuat naik di Facebook.

“Esok saya tetap akan ke Parlimen kerana itu tugas saya. Nak halang tugas saya, halanglah,” katanya. - Getaran 1 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang