web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Kerugian Lebih RM165,000 Ditipu ‘Scammer’ Instagram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 5:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Gara-gara tertarik dengan peluang pekerjaan di Internet, seorang wanita mendakwa kerugian RM165,730 selepas ditipu menerusi aplikasi Instagram bulan lepas.

Mangsa yang menggunakan nama samaran sebagai Yenny, 50, mendakwa dia melihat sebuah iklan menawarkan pekerjaan sebagai pembantu secara dalam talian di sebuah akaun Instagram kononnya milik sebuah syarikat e-dagang.

Beliau kemudiannya berurusan dengan seorang individu tidak dikenali untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran pekerjaan itu menerusi aplikasi Whatsapp.

“Apabila saya diterima untuk bekerja, saya diberikan pelbagai tugasan namun pihak ‘syarikat’ terbabit meminta saya menjelaskan bayaran pendahuluan dan menjanjikan pulangan komisen sebanyak 10 peratus setelah selesai melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Saya telah melakukan 42 transaksi pemindahan wang. Lama-kelamaan saya berasa ditipu oleh scammer kerana tidak menerima apa-apa bayaran seperti yang dijanjikan,” katanya pada sidang media secara maya menerusi aplikasi Zoom anjuran Pengerusi Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan hari ini.

Yenny berkata setelah menyedari dirinya ditipu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Bercham pada Jumaat lepas.

“Saya berasa sangat tertekan ketika ini kerana telah menggunakan wang simpanan serta meminjam wang daripada rakan-rakan berjumlah RM50,000,” katanya yang kehilangan pekerjaan sejak tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh wanita berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad