web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontak Rapat Penyumbang Utama Peningkatan Kes Positif Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 1:36PM

Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kontak rapat terus  menjadi penyumbang kepada peningkatan jangkitan COVID-19 di Sabah, iaitu 591 kes setakat semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, negeri itu merekodkan 1,002 semalam.

Menurut beliau, 181 pesakit disahkan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum dijangkiti.

“Berdasarkan data yang diterima, 87 daripadanya lengkap dua dos vaksin manakala 94 individu lagi sudah menerima satu dos.

“Kota Kinabalu, Tawau, Penampang dan Sipitang merekodkan lebih 60 peratus kes positif yang berpunca daripada kontak rapat dan dikategorikan sebagai sporadik iaitu tidak diketahui punca jangkitan,” katanya di sini.

Menurut Masidi, ia membuktikan kawasan penyebaran jangkitan virus COVID-19 semakin meluas dalam komuniti.

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi SOP dan penjagaan kebersihan kendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Kota Kinabalu dan Tawau menyumbang kes positif COVID-19 harian tertinggi di negeri ini apabila masing-masing mencatatkan 171 jangkitan, diikuti Penampang (100), Sipitang (90), Sandakan (75) dan Tuaran (73).

Bagaimanapun, semua daerah mencatatkan penurunan sekurang-kurangnya satu kes berbanding kelmarin. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad