web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Perlu Bukti Sokongan Majoriti Dengan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 5:52PM

Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak untuk membuktikan bahawa mereka masih memperoleh sokongan majoriti dengan mengadakan sidang khas Parlimen bagi membolehkan undi percaya dilaksanakan dengan kadar segera.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berkata, penangguhan proses demokrasi itu hanya akan membuatkan ketidakstabilan politik berpanjangan, kerana parti politik mula mencari sokongan Ahli Parlimen melalui pemberian habuan.

Katanya, pelbagai bentuk habuan boleh berlaku, antaranya dilantik ke dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau jawatan Kabinet.

“Ia juga membuka ruang kepada cubaan menyalahguna badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk mendakwa mereka yang tidak selari dengan kerajaan.

“Taktik ini telah kita saksikan sejak Langkah Sheraton yang menaikkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya di sini hari ini.

Menurut badan pemerhati itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas tidak lagi menerima sokongan majoriti, susulan penarikan sokongan oleh lapan Ahli Parlimen UMNO.

Katanya lagi, sidang Parlimen September depan diperuntukkan untuk Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah Diraja dan tidak sepatutnya diganggu dengan undi percaya yang mungkin membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Sekiranya kerajaan Muhyiddin berharap untuk mendapat sokongan pembangkang tanpa menggoda Ahli Parlimen mereka, beliau perlu jujur mengajak pemimpin pembangkang untuk berunding Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA).

“Ini bagi mendapatkan sokongan sebagai balasan, selepas diberikan peranan bermakna dalam jawatankuasa melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, desakan sama disuarakan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) agar kerajaan PN segera membuktikan sokongan majoriti yang didakwa diterima di Parlimen.

Parti itu berkata, tidak ada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September.

“MUDA juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah gagal dan perlu berundur.

“Kami percaya ia juga adalah pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang,” katanya menerusi Biro Politik parti.  – Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad