web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Blok Pembangkang Terus Gesa Muhyiddin Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 6:36PM

Blok pembangkang dan Bebas menolak kepimpinan Perdana Menteri dan menggesa beliau meletak jawatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Ahli Parlimen Blok Pembangkang dan Bebas kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggesa beliau meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Tuaran dari Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Ahli Parlimen Selangau dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian; Ahli Parlimen Sri Aman (PSB), Datuk Masir Kujat dan Ahli Parlimen Simpang Renggam (Bebas), Dr Maszlee Malik.

“Kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Md Yassin. Adalah mustahil (Tan Sri) Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan semula sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata gabungan itu.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin hari ini mengumumkan bahawa mereka masih diberi kepercayaan majoriti oleh Ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara.

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media secara maya selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi tadi. – Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

2

Politik 4 bulan yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad