web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Mohamed Affandi Dilantik Pengurusi Baharu LTAT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 11:42AM

Raja Mohamed Affandi berkata beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran menjadi pengerusi LTAT. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuat kuasa semalam.

Affandi, yang juga merupakan pengerusi PETRA Diversified Systems and Technologies dan PETRA Modular, mengambil alih tugas daripada Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, yang akan bersara selepas menerajui badan berkanun kerajaan itu sejak Ogos 2018.

“LTAT mengalu-alukan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi sebagai pengerusi baharu kami.

“Dengan rekod perkhidmatan tenteranya yang panjang beliau boleh membantu lembaga pengarah dan pengurusan dalam usaha kami untuk mengubah LTAT menjadi dana persaraan yang lestari dan kompetitif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dana itu Datuk Ahmad Nazim Rahman.

Sementara itu, beliau menambah yang Zahidi memainkan peranan penting dalam memberikan wawasan, arahan dan mengimplementasikan tadbir urus korporat yang baik, dan berperanan dalam merumuskan rancangan transformasi LTAT.

“Kami menghargai kerja keras Jeneral Tan Sri Zahidi dalam membimbing lembaga pengarah dan pengurusan senior dalam melaksanakan inisiatifnya.

“Bagi pihak tenaga kerja LTAT, saya ingin menyatakan rasa terima kasih kami untuk khidmat dan bimbingannya dalam tempoh beliau menjadi pengerusi kami,” tambahnya.

LTAT adalah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang ketiga terbesar dengan aset bernilai RM9.6 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember tahun lepas.

Affandi memberi tahu The Vibes yang pelantikannya adalah satu penghormatan dan juga satu tanggungjawab yang besar baginya.

“Tugas ini adalah satu cabaran besar, tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran tersebut.

“LTAT diwujudkan untuk memberi keselamatan kewangan kepada anggota angkatan tentera kita sebagai salah satu cara  untuk menghargai pengorbanan mereka,” katanya.

Ketika Affandi berkhidmat, beliau terlibat dalam Darurat Kedua Malaysia di waktu awalnya sebagai seorang pegawai tentera, mengambil peranan sebagai komandan platun dalam memerangi pemberontak komunis.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi ketua jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan penolong ketua staf di Unit Perancangan dan Pembangunan Tentera Darat dan juga panglima Divisyen Ke-2.

Beliau dinaikan pangkat menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia dari 2013 hingga 2016, dan menjadi Panglima Angkatan Pertahanan Malaysia ke-19 negara itu sehingga dia bersara tiga tahun lalu.

Afandi menambah yang LTAT sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan semua veteran tentera.

“Saya akan berusaha untuk terus memilih pelaburan yang paling sesuai untuk kepentingan ahli kami.

“Saya dilantik untuk berbuat demikian dan apa yang terbaik untuk mereka,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

2

Semasa 11 bulan yang lalu

LTAT Akan Ambil Alih Baki Saham Dalam Boustead Plantations

3

Berita 1 tahun yang lalu

LTAT Umum Dividen 5 Peratus, Tertinggi Sejak 2018

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera Akan Pacu Transformasi LTAT

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad