web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Dedah Cubaan Sogokan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 1:15PM

Syed Saddiq bertemu media sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - “Kalau betullah saya curi duit parti, kenapa nak suruh saya sokong kembali (PN), kalau dah curi kenapa nak kekalkan saya?”

Persoalan itu dilemparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebaik selesai menjalani prosiding dua pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pagi tadi.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mendakwa didatangi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal sehari sebelum pendakwaan terhadapnya dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Syed Saddiq menegaskan, apa yang dialaminya itu jelas satu sogokan tetapi ia tidak akan mampu membuat dirinya tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

“Tekanan politik seperti ini, satu ugutan sogokan, tetapi saya tidak akan tunduk, kerana saya percaya saya ada di pihak yang benar, in the end, saya percaya truth will prevail, and I will continue to fight them,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, selepas menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM100,000, hari ini.

Syed Saddiq berkata, kehadiran Wan Ahmad Faysal bertujuan untuk memujuknya supaya kembali menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Melihat empat pertuduhan, ia datang daripada dana parti atau dikatakan dana parti, yang tidak ada kena mengena dengan dana kementerian ketika saya menjadi Menteri Belia dan Sukan. 

“Lazimnya, kalau seseorang itu curi dana, ia libatkan duit kementerian. Bila saya berkhidmat dengan kementerian, dalam tempoh kurang dua tahun, ada lebih RM2 bilion, tetapi tidak ada satu sen pun yang pergi kepada saya,” tegasnya.

Jelas beliau, adalah amat menghairankan apabila parti yang pernah menuduhnya terbabit dalam jenayah pecah amanah ‘menukar’ pendirian mereka, dengan memujuknya untuk kembali menyatakan sokongan.

“Mereka kembali semula kepada 2018, sebelum PRU berlaku untuk kata itu duit parti walaupun saya kata berlainan.

“Yang lebih pelik bin ajaib, parti sama yang kata saya curi duit dan pecah amanah sebelum PRU (tapi) Ketua Armadanya, (seorang) Timbalan Menteri, Wan Ahmad Fayshal datang ke rumah saya sebelum saya dituduh untuk pujuk saya kembali sokong PN dan Perdana Menteri. Media boleh tanya dia,” katanya, sinis. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad