web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Tunai Umrah Akhir Tahun - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 4:42PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Rakyat Malaysia yang mahu menunaikan umrah dijangka dapat berbuat demikian selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut beliau, kebenaran itu adalah susulan daripada pengumuman kerajaan Arab Saudi yang membuka pintu masuk  kepada 49 negara termasuk Malaysia bermula 1 Ogos lepas.

Keputusan berkenaan bagaimanapun katanya, bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di kedua-dua negara, khususnya dari aspek prosedur operasi standard (SOP).

“Insya Allah dalam tahun ini (dibenarkan menunaikan umrah), saya yakin mungkin dalam sebulan dua lagi, tapi mengikut keadaan COVID-19 yang kita sedang hadapi, di samping kena tengok juga kebenaran negara Arab Saudi.

“Macam mana pun kita akan dapat kepastian dari semasa ke semasa apabila keadaan memungkinkan, sebab bila kita buat SOP kita perlu fikir situasi dua negara, iaitu Malaysia dan Arab Saudi,” katanya selepas melawat Maahad Darul Quran Rusila di sini hari ini.

Zulkifli berkata, impian jutaan umat Islam itu mungkin akan tertunai jika penularan wabak COVID-19 dapat diredakan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, satu pasukan khas akan dibentuk bagi mempercepatkan proses pengurusan jenazah pesakit COVID-19.

“Kita akan tengok (proses) daripada bilik mayat ke tanah perkuburan, kalau boleh kurang 24 jam dan apa yang saya lihat di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini memungkinkan ia diselesaikan dalam tempoh lima atau enam jam. Saya mohon kalau boleh (diselesaikan) antara tiga hingga empat jam sahaja,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut