web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Rasuah Di PPV Midlands - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 5:17PM

Tular di media sosial yang menunjukkan video warga asing beratur panjang bagi mendapatkan suntikan vaksin, di salah sebuah PPV di Selangor. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa berlaku unsur rasuah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) warga asing untuk mendapatkan vaksin.

Sebaliknya, kejadian yang sebenarnya berlaku di PPV Pusat Konvensyen Midlands itu adalah disebabkan masalah teknikal dihadapi pengurusan pusat terbabit.

Menurut SPRM, pihaknya menghantar pasukan risikan susulan penularan satu video yang mendakwa segerombolan individu bukan warga negara beratur panjang hingga menyebabkan kesesakan di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam.

Katanya, invididu yang merakam kejadian itu mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan penjaga pintu PPV terbabit meminta suapan RM80 untuk membenarkan warga asing masuk mendapatkan vaksin.

Susulan dakwaan, SPRM menghantar pasukan risikan bagi memantau tohmahan berkenaan untuk menjalankan siasatan.

“Hasil risikan mendapati, kejadian yang berlaku adalah di PPV Pusat Konvensyen Midlands dan bukannya di PPV SACC, Shah Alam sepertimana dikatakan dalam video tersebut. 

“Walau bagaimanapun, terdapat masalah pada sistem, apabila temu janji untuk individu turut dimasukkan tanpa sengaja di PPV Midlands ini,” kata suruhanjaya berkenaan.

Kesesakan yang berlaku itu jelas SPRM lagi, berpunca daripada tindakan warga asing yang cuba untuk mendapatkan slot suntikan walaupun tidak mempunyai temu janji.

Ia sekali gus menafikan wujud gejala rasuah berjumlah RM80 yang kononnya perlu dibayar kepada penjaga pintu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dengan menghubungi mana-mana pejabat SPRM dan bukannya menghebahkan di media sosial,” katanya.

PPV Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). – Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad