web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Kontak Rapat Penyumbang Terbesar Kes Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 7:41AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kontak rapat menyumbang sebanyak 618 kes atau 49.24 peratus daripada keseluruhan 1,255 kes baharu yang direkodkan hari ini.

“Selain itu, kategori bergejala melibatkan 247 kes atau 19.68 peratus, manakala kes daripada saringan kluster sebanyak 131 kes atau 10.43 peratus.

“Kes-kes baharu yang diperoleh melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) pula menyumbang 187 kes (14.9 peratus) dan lain-lain 72 kes (5.73 peratus),” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 36 kes, berbanding 1,291 kes yang dicatatkan semalam (6 Ogos).

Sementara itu, Masidi berkata terdapat dua kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Sarikan, Nabawan dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan, yang melibatkan tahanan di penjara dan pusat tahanan sementara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut