web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Berpakaian Penyelam Ditemukan Terapung Di Perairan Sungai Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 10:49AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian penyelam berserta balang oksigen, ditemukan terapung oleh nelayan tempatan di  kira-kira 8.7 batu nautika barat daya Sungai Besar petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata mayat itu ditemukan kira-kira jam 3 petang, sebelum nelayan terbabit menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Katanya pasukan mencari dan menyelamat APPM, berserta bot Pasukan Polis Marin bertindak ke lokasi kejadian bagi mengesan mayat berkenaan, dan telah ditemukan terapung sekitar jam lebih kurang 6 petang.

“Pasukan Polis Marin telah membawa mayat ke jeti Nelayan Sungai Besar pada jam 9 malam, sebelum dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk proses pengecaman,” katanya.

Mohd Rosli berkata, penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden kehilangan seorang penyelam di perairan Sungai Besar pada 3 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, seorang penyelam Calvin Patrick Lazaroo, 27, dipercayai telah melakukan selaman bersama tiga rakan yang lain, bagi tujuan mengikat tali pada bot karam sebelum mangsa hilang pada jam lebih kurang 10.30 pagi, dan tidak timbul ke permukaan air di perairan Sungai Besar, Selangor.

Pencarian telah dilakukan di sekitar perairan Sungai Besar dengan melibatkan dua aset APMM, satu aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia, dua aset dari Pasukan Polis Marin serta komuniti nelayan, manakala pencarian melalui udara dilakukan oleh pesawat dari APMM dan Polis Diraja Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Identiti Mayat Wanita Ditemukan Disimen Dalam Kolah Masih Belum Dikenal Pasti

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Mayat Dalam Kolah: Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

4

10 bulan yang lalu

2 Warga Asing Dicari, Ada Kaitan Dengan Mayat Dalam Kolah Mandi - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad