web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Warga Asing Dicari, Ada Kaitan Dengan Mayat Dalam Kolah Mandi - Polis

Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:06AM

Ranjit Singh (kiri) dan Mandeep Singh - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat di dalam kolah mandi bilik air di sebuah rumah, kelmarin..

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki terbabit iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menyalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Hussein turut menasihati orang awam supaya tidak menularkan mana-mana gambar berkaitan kejadian dalam media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Terdahulu, Hussein berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang mendapat maklumat daripada seorang lelaki warga asing bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi rumah yang disewakannya pada 10.58 malam, 3 Disember.

“Hasil siasatan mendapati pengadu (pemilik rumah) pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, Klang kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun iaitu bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.

“Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain, pengadu telah membuat pemeriksaan di kolah terbabit dan mendapati ia telah disimen,” katanya.

Hussein berkata penyewa berkenaan memberi alasan bahawa terdapat air daripada bangkai tikus yang mengalir masuk ke dalam kolah itu, dan tanpa mengesyaki apa-apa, tuan rumah itu telah menyewakan kediaman berkenaan kepada orang lain pula.

Pada November lepas, pengadu telah meminta seorang lelaki warga asing untuk membaiki bumbung rumah berkenaan dan semasa membayar gaji kepada kerja itu, lelaki terbabit memaklumkan bahawa terdapat mayat di dalam kolah bilik mandi rumah itu.

“Maklumat itu diterima daripada seorang lelaki warga asing yang telah balik ke negara asal. Bagi mengesahkan perkara ini, pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Polis bersama pasukan bomba serta unit forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan setelah simen itu dipecahkan, terdapat satu mayat dipercayai perempuan dewasa telah dijumpai,” katanya.

Hussein berkata mayat itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada Rabu ini.

Beliau berkata IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bagi membantu siasatan, seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun telah ditahan dan akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Klang hari ini.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara