web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Identiti Mayat Wanita Ditemukan Disimen Dalam Kolah Masih Belum Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 7:48PM

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat wanita yang disimen dalam sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lalu masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu adalah tekanan (compression) pada bahagian leher.

“Pakar forensik tidak dapat memastikan waktu kematian wanita itu kerana proses pereputan menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran seperti mana yang ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis telah merakam percakapan 10 saksi, serta menahan reman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan, dan sedang berusaha mengesan dua lelaki, Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang pernah menyewa rumah berkenaan.

Cha berkata, polis sudah memohon bantuan daripada pejabat kedutaan serta polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan dua lelaki berkenaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dengan menelefon 03-33762222 atau hubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini