web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebenaran Pelancongan Domestik Berita Baik - MyBHA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 9:19AM

Kellie's Castle - Gambar wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran melancong untuk destinasi domestik, seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut baik Persatuan Hotel Budget dan Bisnes Malaysia (MyBHA).

Presidennya, Emmy Suraya Hussein, langkah itu mampu menghidupkan semula sektor pelancongan negara yang terjejas.

Menurut beliau, perhotelan dan pelancongan adalah antara sektor yang terjejas dengan begitu teruk sebaik negara berdepan ancaman COVID-19.

"Pengumuman ini amat kami nantikan, dan MyBHA sememangnya mengalu-alukan kebenaran diumumkan Perdana Menteri," katanya di sini.

Emmy Suraya berkata, aktiviti pelancongan di  negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah usaha murni dalam membantu semua pengusaha hotel dan inap desa.

Ia katanya, diyakini mampu menggerakkan semula perniagaan jenis itu, selepas majoritnya berdepan kerugian besar angkara pandemik COVID-19.

"Sektor perhotelan negara semakin nazak, dengan sekurang-kurangnya 120 premis seumpama itu sudah ‘mati’ dan terpaksa menutup operasi secara total atau sementara.

"Sekatan rentas negara, negeri dan daerah antara penyebab utama, malah kerugian tahun ini dijangka lebih besar berbanding  tahun lalu," keluhnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerugian ditanggung industri berkenaan mencecah RM5 bilion untuk separuh tahun pertama 2021.

"Berbanding tahun 2020, kadar kerugian hotel adalah sebanyak RM6.3 bilion untuk tempoh sepanjang tahun," katanya.

Kelonggaran itu bagaimanapun tegas Emmy Suraya, perlu digunakan sebaiknya oleh ahli MyBHA bagi memastikan ia tidak mendatangkan implikasi tidak diingini.

"Saya ingin mengingatkan semua ahli agar memastikan setiap pekerja mereka khususnya di barisan hadapan sudah melepasi tempoh matang dos lengkap vaksin masing-masing.

"MyBHA berharap semua ahli dapat memastikan setiap pengunjung dan pekerja mereka mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), agar gejala pandemik ini tidak merebak dengan lebih teruk," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah