web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin GRS Berhimpun Di Kediaman Hajiji Di Kala PN Terus Bergolak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:04AM

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Satu mesyuarat melibatkan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diadakan malam tadi untuk membincangkan pendiriannya di kala pergolakan politik di peringkat persekutuan.  

Sumber memberi tahu The Vibes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, mengadakan perjumpaan itu di kediaman rasminya, Rumah Yayasan Sabah, di Likas pada jam 8 malam.

Lima kenderaan dipercayai membawa menteri negeri dilihat berada di perkarangan rumah tersebut, dengan perbincangan tamat selepas hanya sejam, katanya.

“Terdapat kira-kira lima menteri yang menghadiri menyurat tersebut. Di antaranya adalah Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang merupakan Presiden STAR Sabah, dan Datuk Ellron Angin dari parti yang sama.

“Tiga lagi menteri yang lain tidak dapat dikenal pasti. Tetapi saya diberi tahu yang Hajiji akan berjumpa dengan semua menterinya secara berperingkat-peringkat,” tambah sumber itu lagi.

Dia berkata Hajiji, yang juga merupakan ADUN Sulaman, akan memanggil satu mesyuarat dengan semua perwakilan GRS tidak lama lagi.

Difahamkan hasil daripada perjumpaan semalam adalah semua menteri yang hadir bersetuju yang gabungan pentadbiran negeri itu kekal bersatu, tidak seperti situasi yang dihadapi oleh pentadbiran persekutuan Perikatan Nasional (PN).

GRS merangkumi BERSATU Sabah, STAR Sabah, PAS dan Parti Progresif Sabah dari PN, UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat; dan Parti Bersatu Sabah.

Hajiji merupakan pengerusi PN Sabah dan GRS, manakala Jeffrey pula adalah naib presiden PN di peringkat persekutuan.

Sumber mengatakan keadaan semasa di Putrajaya tampak buruk, mengulangi yang akan ada satu perjumpaan dikalangan pemimpin parti PN di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.        

“Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Marzuki Mohamad telah mengeluarkan jemputan ke mesyuarat tersebut.

“Ini adalah satu perjumpaan luar biasa berkaitan status semasa kerajaan PN,” katanya.  

Sehingga malam tadi, katanya, PN mempunyai sokongan daripada hanya 109 Ahli Parlimen.

Minggu lepas, Hajiji berkata GRS akan kekal bersatu selepas UMNO mengumumkan penarikan sokongan terhadap PN, ini menyebabkan ramai percaya yang BERSATU Sabah telah membuka langkah sebelum pengumuman dari ahli Barisan Nasional itu. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut